Tanpa keyakinan ekonomi, apa dah jadi Malaysia?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) secara sinis memberi nasihat secara probono kepada Perdana Menteri (PH-Tambun) berkenaan keyakinan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini.

Katanya, walaupun kerajaan kini mempunyai begitu banyak penasihat, jawatankuasa ekonomi, kabinet dan sebagainya, ianya tetap tidak menyelesaikan masalah seperti isu harga beras, malah telah menjadi bahan jenaka oleh rakyat.

- Advertisement -

“Kenyataan bercanggah, merapu oleh menteri-menteri tidak memberi keyakinan ekonomi, melengah-lengahkan reformasi, ini juga tidak memberi keyakinan ekonomi.

“Memberi pengampunan kepada banduan yang masih berdepan pertuduhan kes di mahkamah, dan sampai diskaun beratus juta, tidak langsung memberi keyakinan kepada ekonomi.

“Melantik orang yang terpalit dengan kes rasuah dan salah guna kuasa (ke dalam kabinet), serta menggugurkan kes dan pertuduhan, langsung tidak memberi keyakinan ekonomi kepada negara,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Namun begitu, ucapannya dicelah oleh Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kerana menyangkakan bahawa Ahmad Fayhsal menuduh Perdana Menteri di dalam perbahasannya itu, dan meminta agar ditarik semula kenyataan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Ramli Mohd Nor, meminta agar Sany duduk mengikut Peraturan Mesyuarat 37 (12).

“Baik ini petua saya. Buka Peraturan Mesyuarat 26, buka peraturan 27 (3), buka peraturan 17, buka peraturan 18, seterusnya peraturan 37 (2).

“Sila buat usul tentang apa ketidakpuasan Yang Berhormat (Hulu Langat) di bawah peraturan 36 (12) itu. Sekian, teruskan (Ahli Parlimen Machang),” ujarnya.

Justeru, Ahmad Fayhsal meneruskan sesi perbahasan yang memperjuangkan isu rakyat tersebut. – HARAKAHDAILY 7/3/2024

- Advertisement -