Jokowi nafi tawarkan Cak Imin jadi Menteri Pertahanan

Jokowi (kiri) dan Cak Amin.
- Advertisement -

JAKARTA: Presiden Joko Widodo yang popular dikenali sebagai Jokowi menolak dakwaan Ketua Umum Parti Kebangkitan Nasional (PKB), Muhaimin Iskandar atau nama popularnya, Cak Imin yang mendakwa pernah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Indonesia.

“Kementerian, menteri, itu hak prerogatif Presiden,” kata Jokowi dalam kenyataannya kepada media di pekarangan Istana Merdeka, Jakarta, pada hari ini, Isnin (4 Ogos), lapor Inilah.com.

Beliau menegaskan tiada peruntukan kuota menteri seperti yang dihasratkan oleh Muhaimin.

“Tiada kuota seperti itu,” kata Jokowi.

- Advertisement -

Sebelum ini, Cak Imin, pada Sidang Kemuncak Milenial dan Gen Z Indonesia di Taman Senayan, Jakarta suatu ketika dahulu, berkata beliau sebenarnya telah dijanjikan jawatan Menteri Pertahanan oleh Jokowi selepas pilihan raya 2019.

Bagaimanapun, kata Cak Imin, jawatan itu tiba-tiba diberikan kepada Prabowo Subianto yang menyertai gabungan Joko Widodo.

Ini disampaikan Cak Imin sebagai menjawab kenyataan ahli politik PAN, Yandri Susanto yang mempersoalkan konsistensi Cak Imin sebagai Ketua Umum PKB yang kini masih berada dalam gabungan kerajaan Joko Widodo (Jokowi), tetapi mengulangi naratif perubahan dalam pilihan raya presiden 2024.

Cak Imin berkata, PAN sebelum ini berada di luar gabungan Jokowi, tetapi akhirnya ia masuk ke dalam gabungan itu. Beliau berkata gabungan yang muncul sememangnya fleksibel.  HARAKAHDAILY 4/12/2023

- Advertisement -