
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha telah menerima kunjungan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dato. Profesor H. M. Dzulkifli Abdul Razak.
Dzulkifli Abdul Razak mengadakan pertemuan bersama wakil OIC itu di Sekretariat Agung OIC, UIAM, Gombak, di sini, semalam.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melalui laman media sosialnya, X (@OIC_OCI) memberitahu, mesyuarat itu memberi tumpuan kepada kepentingan meningkatkan penyelarasan dan kerjasama antara Sekretariat Agung OIC dan UIAM, serta universiti Islam OIC lain.
Antara universiti Islam OIC yang lain adalah di Bangladesh, Nigeria, Uganda dan Chad yang juga menjadi fokus utama perbincangan.
UIAM ditubuhkan pada 23 Mei 1983 berdasarkan prinsip dan nilai Islam. Ia memperoleh status institusi gabungan OIC pada 2011.
Sepanjang tempoh 40 tahun, UIAM telah berkembang menjadi universiti moden bertaraf antarabangsa dengan lebih 30,000 pelajar dari lebih 100 negara menawarkan kedua-dua kursus sarjana muda dan siswazah di 17 fakultinya.
Ia telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan sumber manusia di seluruh Negara Anggota OIC. – HARAKAHDAILY 18/8/2023




















