
TAMPIN: Seramai 30 anak muda dari Kampung Pondoi, Repah menyerahkan borang menyertai PAS sempena ‘Program Bual Santai Bersama YB Tangga Batu’ dekat sini, petang semalam.
Borang tersebut diserahkan wakil anak muda kampung tersebut, Ahmad Muiz Abu Bakar kepada Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin. (Foto atas)
Penyerahan turut disaksikan calon PERIKATAN NASIONAL (PN) DUN Repah, Elaine Yong Li Yi. Hadir sama Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong dan Pengerusi PN Tampin, Zakaria Khalim.
Zakaria ketika ditemui menzahirkan keyakinan DUN Repah mampu dimenangi PN berdasar perkembangan semasa yang berlaku sekarang.
“Dengan melihat kepada sokongan yang positif sepanjang tempoh berkempen dan calon begitu aktif serta mesra dengan semua anggota masyarakat peluang cerah kelihatan di DUN Repah,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 10/8/2023




















