
DUNGUN: Calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) yang bertanding di Dun Sura pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi dikenali bersahaja dalam mendekati rakyat.
Walaupun beliau merupakan doktor perubatan, tetapi tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Dun Sura apabila gerak kerjanya sering bersama rakyat di situ.
Mohd Ammar Mohammad, 27, berkata Dr Muhammad Fakhruddin yang mesra dengan panggilan Dr Din seorang yang sangat menjiwai anak muda.
“Selama mengenali beliau, Dr Din amat mudah didekati, Dengan sikap yang dipamerkan oleh Dr Din saya yakin pastinya Dr Din mampu meneruskan legasi Adun yang lepas oleh Cikgu Wan Hapandi.
“Kalau sebut sahaja Dr Din, sudah tentu warga Dun Sura kata beres,” ujarnya yang tinggal di Kampung Bukit Catak 2 ketika ditemui Harakahdaily.
Manakala, Nur Liyana Salahudin, 27, pula berkata bukan sahaja Dr Din baik dan dekat dengan masyarakat setempat malahan juga keluarganya.
“Bukan dia sahaja baik kepada masyarakat bahkan keluarganya juga sama, mereka sangat ramah dengan masyarakat,” katanya.
Dari sisi lain, kata Liyana, walaupun Dr Din bekerjaya sebagai profesional iaitu doktor namun beliau amat santai dan bersahaja ketika bersama anak muda.
“Beliau tidak skema apabila bersama anak muda. Justeru itu, saya yakin dengan perwatakan beliau sedemikian akan mendapat sokongan pengundi di sini.
“Saya juga menyeru kepada pengundi muda memberi sokongan kepada beliau dalam PRN kali ini,” katanya yang tinggal di Kampung Sura Tengah.
Tambah Liyana, dia juga amat yakin dengan kewibawaan Dr Din sebagai doktor yang sememangnya sudah bergelumang dalam masyarakat.
Bagi Zaidah Abdullah, 53, pula, Dr Din merupakan anak jati Dun Sura itu seorang yang peramah dengan masyarakat setempat.

“Dr Din ini seorang yang peramah mudah didekati, dia mesra dengan penduduk, malah dalam kuliah-kuliah agama muslimat pun dia pernah datang.
“Dulu dia pernah buat rawatan di bawah Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) untuk orang sakit.
“Maknanya dia seorang yang caknalah kepada masyarakat Dun Sura, sentiasa ambil berat khususnya yang melibatkan orang sakit,” katanya.
Tambahnya yang tinggal di Kampung Kubang Miang itu, Dr Din juga tidak asing bagi penduduk berikutan sentiasa melibatkan diri dalam masyarakat.
Ramidah Abdullah yang tingga di Kampung Lembah pula berkata, pada mulanya dia hanya mendengar orang bercakap Dr Din akan menggantikan bekas Adun, Cikgu Wan Hapandi.
“Hari tu dengar adik kak beritahu, Dr Fakhruddin ganti Cikgu Wan jadi calon Dun Sura. Bila tengok gambar kat surau, tengok molek sekali lagi gambar, kak mari teringat ke arwah mak dengan ayah kak,” katanya.
Menurutnya, dia teringat kepada arwah ibu dan bapanya kerana Dr Din sempat beberapa kali datang ke rumah menziarahi dan memeriksa kesihatan sewaktu kedua-duanya sakit.
“Mudah sungguh kalau adik kak telefon minta tolong mari tengok mak dengan ayah waktu tu, adik beritahu Dr Din, tak pernah minta duit sesen pun.
“Sekarang, mak dengn ayah kak tak ada dah, kalu ada mesti arwah suka dengan Dr Din, mudah sangat tolong orang tua, tak ngira bab duit, dak minta pitih,” ujarnya.
Kalau begitu, ujarnya sesuai sangat Cikgu Wan Hapandi memilih Dr Din untuk bertanding di Dun Sura pada PRN ini.
“Kalau gini Cikgu Wan pilih orang yang nak ganti dia, memang molek sangat. Kak ingat jasa Dr Din mari jenguk mak dengan ayah kak…memang sahih kak dengan adik-adik kak akan undi dia,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 10/8/2023





















