Ustaz Ceroi dikenali ramai di Sungai Petani

- Advertisement -

SUNGAI PETANI: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdeka, Sharir Long atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ceroi, sudah tidak asing lagi bagi rakyat Kedah.

Bagi penduduk Sungai Petani pula, beliau dikenali ramai kerana sering menyampaikan kuliah agama sejak 25 tahun lalu.

- Advertisement -

Anak jati Sungai Petani yang dilahirkan di Kampung Pokok Asam, Jalan Pinang Tunggal, pernah berkhidmat sebagai pegawai bank antara 1973 sehingga 1989 sebelum menjadi pegawai tadbir Maahad Tarbiah Islamiah, Kuala Ketil.

Pada 2009, Ustaz Ceroi mengasaskan pusat pengajian, Tahfiz Mutmainnah di Kampung Permatang Berangan di sini.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Derga (1961-1966), manakala pendidikan menengah di Sekolah Menengah Darul Aman (1967-1970) dan Kolej Sultan Abdul Hamid (1971-1972).

Ustaz Ceroi meneruskan perjalanan ilmunya di Institut Bahasa Arab, Sana’a, Yaman pada 2006 hingga 2007.

Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani itu pernah bertanding di Parlimen Sungai Petani pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, namun tewas dalam pertandingan empat penjuru.

DUN Pantai Merdeka sebelum ini dimenangi PAS pada PRU14 apabila Fadzli Hashim meraih 14,133 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Ali Yahaya (9,567 undi) dan calon PKR, Rosli Yusof (7,281 undi). – HARAKAHDAILY 2/8/2023

- Advertisement -