
PAS Kedah menyedari terdapat kesilapan maklumat terhadap beberapa profil calon PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah yang muncul dalam paparan skrin di Majlis Pengisytiharan Calon PN Kedah.
Terdapat 4 calon yang menggunakan ‘latarbelakang pendidikan’ yang sama. Ia berlaku kerana kesilapan designer menggunakan template yang sama tetapi tidak menukar butiran calon yang lain.
Bagaimanapun kesilapan hanya berlaku pada paparan skrin tetapi tidak berlaku kesilapan ketika profile calon dibacakan oleh pengacara majlis.
Pihak penganjur sama sekali tidak berniat untuk memberi maklumat yang tidak tepat dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.
Sekian dimaklumkan.
MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah
28 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 28/7/2023
- Advertisement -
























































