99 East Langkawi: Saifuddin sedia siasat Mahdzir?

- Advertisement -

SIRI soalan untuk Senator Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail. Soalan ketiga.

Saifuddin sila siasat tatakelola Projek 99 East di Langkawi. Projek tahun 2007 masa Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid (Tok Det) jadi Menteri Besar, sampai la tak selesai lagi, apa pun tak jadi. Last-last kena saman dengan syarikat swasta Terra Monda yang hanya bermodalkan air liur.

Akibat keghairahan seorang dua ligan projek padang golf dan kediaman mewah, projek yang diuar-uarkan bernilai RM1.4 bilion itu merugikan kerajaan dalam banyak aspek.

Kerajaan terpaksa bagi tanah milik kerajaan dan tanah yang bukan milik kerajaan (tanah hutan simpan, tanah PKB, tanah LKIM, tanah MPLBP) kepada projek itu, dan terpaksa cari tanah lain untuk swapping sekatan Tanah Rizab Melayu.

Masa PH jadi kerajaan 2018-2020 depa kata dah ada penyelesaian, tapi tak akan selesai melainkan kerajaan menanggung rugi beratus juta.

Haa dah hang rajin sangat nak siasat tatakelola, sila suruh kawan-kawan hang pi siasat. Panggil depa semua seorang-seorang, tengok siapa yang kena.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/12/507893/99%C2%B0east-rancang-pelaburan-berbilion-ringgit-di-langkawi

YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Menteri Besar Kedah – HARAKAHDAILY 28/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -