
REMBAU: Ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau pada Mac 2019 PAS bertungkus lumus membantu Barisan Nasional (BN) Dato’ Seri Mohamad Hasan dengan mengambil kira semangat muafakat ummah.
Bagaimanapun selepas menang Mohamad menang, tiba-tiba beliau mendakwa DAP lebih ikhlas, tidak berpura-pura berbanding PAS.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Kamarol Ridzuan Mohd Zain berkata, kenyataan bekas Adun Rantau itu pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno sebagai tidak mengenal budi.
“Kami orang-orang PAS amat terasa hati dan kecewa dengan kenyataan Tok Mat. Sedangan ahli PAS dari seluruh Malaysia datang membantu Tok Mat ketika PRK.
“Kita bantu dia pada PRK 2019, namun sekarang selepas berkawan dengan DAP menyifatkan PAS berpura-pura pula,” katanya pada ceramah dan Pelancaran Bilik Gerakan PERIKATAN NASIONAL (PN) Dun Rantau di Sendayan Merchant Square malam tadi.
Pada PRK 2019, Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno memenangi Dun Rantau yang dipertahan sejak 2004, dengan majoriti 4,510 undi.
Kamarol Ridzuan juga berkata, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan tidak wajar bertanding di Dun Rantau kerana kedudukan sebagai pemimpin pusat.
“Mungkinkah Tok Mat terpaksa bertanding juga kerana Umno ketandusan tokoh pelapis yang boleh diketengahkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/7/2023




















