
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin rakyat Malaysia memahami tujuan dan hasrat sebenar pendakwaan segera pihak tertentu ke atas beliau.
“Tujuan mereka nak menjejaskan peluang saya dalam PRN. Tiga hari sahaja siasatan saya diambil tadi jam 3 pagi tanpa sebarang notis. Saya hanya mengetahui saya didakwa itu melalui media Berita Harian Online.
“Tapi saya bersedia untuk menghadapi kes ini dan saya dah maklum kepada beberapa pihak bahawa saya akan hadir ke mahkamah pada pagi ini. Tapi mereka tetap nak buat tangkapan pada jam 3 pagi di apartmen yang saya diambil,” ujarnya.
Katanya beliau memberi kerjasama sepenuhnya daripada awal proses ini berjalan yakni daripada siasatan hingga waktu tangkapan itu tersebut dan memberitahu akan dihadapkan lagi kes ucapan yang lain.
Sanusi dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar petang ini. – HARAKAHDAILY 18/7/2023




















