
PORT DICKSON: Pelantikan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Balasubramaniam Nachiappan sebagai Senator beberapa tahun lepas membuktikan PAS tidak meminggir kaum bukan Melayu.
Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha berkata, penghormatan tinggi PAS kepada DHPP yang berjuang membela penduduk bukan Islam di negara ini.
“Sebenarnya ia secara tidak langsung menunjukkan ketidakadilan PAS terhadap sahabat-sahabat kita yang bukan Bumiputera.
“Kalau kita lihat perjuangan PAS membela kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya pada ceramah pelancaran jentera PERIKATAN NASIONAL (PN) Dun Lukut di Pekan Lukut malam semalam.
Turut hadir Ketua DHPP Pusat Senator N Balasubramaniam, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka Bakri Jamaluddin, Ketua Penerangan DHPP Dr Balachandran dan Timbalan Ketua DHPP negeri Dato’ Ragu Subramaniam.
Sempena program terbabit Senator Balasubramaniam menerima penyerahan sebanyak 300 borang permohonan menjadi ahli DHPP.
Rafiei yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan berkata, program tersebut diadakan khusus untuk DHPP sebagai gerak kerja kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 17/7/2023




















