Hanya pengundi PN sahaja tidak ditipu PRU15

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz
- Advertisement -

REMBAU: “Mereka yang undi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum lepas akhirnya dapat Zahid Hamidi. Maknanya order barang lain sampai barang lain.

- Advertisement -

“Manakala ketika itu pengundi BN pula tak nak Anwar, tak nak DAP. Tapi order barang lain, dapat barang lain,” kata mantan Timbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata demikian pada ceramah Pelancaran Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN) Parlimen Rembau di Taman Senawang Perdana dekat sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi PN Negeri Sembilan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Kamarol Ridzuan Mohd Zain, Pengerusi PN Rembau Mohd Nazree Mohd Yunus dan mantan Ketua Pemuda Umno Seremban Zool Amali Hussin.

Tun Faisal juga berkata, ketika kempen PRU15 pemimpin PH bekerja keras mengajak pengundi menolak pemimpin rasuah dan penyamun dengan mengenepikan Umno dan BN.

Malah katanya mereka juga menyanyikan lagu ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ saban hari.

Manakala pemimpin BN pula hari-hari menyanyikan lagu ‘Cukuplah Sekali Ditipu’.

“Bekas Setiausaha Agung Umno Dato’ Seri Ahmad Maslan pula mengungkapkan pantun berbunyi ‘Kalau tuan pergi memancing, jangan lupa membawa umpan, kalau tak mahu kena kencing, jangan undi Pakatan Harapan,” ujarnya.

Menurutnya hanya pengundi PN sahaja yang tidak ditipu pada PRU ke-15. – HARAKAHDAILY 17/7/2023

- Advertisement -