Pengundi veteran wajar beri undi kepada PN

Prof Dr Hamirdin Ithnin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: As-Sabiqun Selangor mengajak pengundi saluran pertama iaitu golongan veteran supaya memberikan undi kepada calon-calon PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

- Advertisement -

Pengerusinya, Prof Dr Hamirdin Ithnin berkata sebagai langkah awal menghadapi PRN Selangor, As-Sabiqun Selangor melalui As-Sabiqun Parlimen Sepang dan Bangi telah mula melancarkan gerak kerja bagi membantu jentera pilihan raya PN negeri.

Kerja-kerja tersebut, kata beliau dalam memberi penerangan kepada rakyat Selangor mengenai situasi politik semasa yang berlaku di negeri itu.

Menurut beliau, As-Sabiqun Selangor mendapati perlakuan Kerajaan PH-BN amat merugikan negara dan orang Melayu.

Beliau berkata, kerajaan sekarang gagal mendapatkan keyakinan masyarakat antarabangsa dan pelabur menyebabkan aliran pelaburan keluar dari Malaysia dan menjadi faktor kuat merudumnya nilai ringgit berbanding pelbagai mata wang asing.

Katanya, kerajaan hari ini dilihat hilang punca dalam menangani kejatuhan nilai ringgit dan menjunamnya ekonomi negara.

Begitu juga kata beliau, campur tangan menteri dalam beberapa kes yang melanggar peraturan, jelas menunjukkan kerajaan madani tidak menghormati undang-undang serta peraturan dalam negara ini.

“Ini menjadikan rakyat muak dengan gelagat kerajaan Pakatan Harapan.

“Ditambah lagi dengan akhlak buruk ahli parlimen kerajaan madani menjadikan rakyat meluat dengan kerajaan ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau ditambah lagi dengan pelbagai janji palsu dan `sembang kari’, maka rakyat Selangor, dan rakyat lima lagi negeri yang akan ada PRN, akan menolak kerajaan PH dalam pilihan raya negeri 12 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 6/7/2023

- Advertisement -