Rayuan Ramasamy mengiyakan kegagalan PMX

- Advertisement -

RAYUAN Ramasamy agar ‘beri Anwar sepenggal penuh’ jelas memperlihatkan ketakutan dan keresahan pemimpin gabungan PH dan Umno-DAP (UMDAP) terhadap reputasi Anwar dalam mengemudi pentadbiran kerajaan. 

Hampir lebih 8 bulan kerajaan dibentuk melalui gabungan PH UMDAP, namun jelasnya hanya kegagalan demi kegagalan yang berjaya didedahkan berbanding kejayaan. 

100 hari pentadbiran kerajaan yang tidak berjaya memaparkan sebarang agenda kepentingan rakyat.

Yang jelasnya serangan politik daripada pihak kerajaan kepada pihak bukan kerajaan lebih diutamakan dalam 100 hari pentadbiran.

Formula kawalan kenaikan harga barang di pasaran jelas gagal dan juga dilihat gagal. 

Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, dalam masa yang sama rakyat dipersonakan dengan pelbagai bunga-bunga formula yang menggelikan. Ibarat bunga tahi ayam, jauh nampak bunga, dekat bahu tahi. 

Kenaikan OPR yang cukup membebankan rakyat berbeza pendirian sebelum menjadi kerajaan dan selepas mendapat kerusi empuk, ibarat peluru tabur ditembak tak kehabisan. 

Nilai matawang Ringgit Malaysia jatuh sehingga mencatat sejarah kejatuhan paling buruk dalam sejarah.

Kesemua permasalahan itu rakyat tidak nampak sebarang formula daripada pihak kerajaan gabungan PH dan UMDAP yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX) sama ada jangka masa pendek mahupun formula jangka masa panjang. 

Rayuan Ramasamy membuktikan tempoh pentadbiran Kerajaan PH dan UMDAP yang bermula pada 24 November 2022 adalah gagal membawa cadangan dan formula penyelesaian pelbagai krisis ekonomi, sosial dan pentadbiran negara. 

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 6/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -