Tembakan rambang hujung minggu berlaku di seluruh AS

Piihak polis tempatan melalukan siasatan di lokasi kejadian tembakan di Di Willowbrook, Illinois pada awal pagi hari ini (Ahad 18 Jun waktu Anmerika Syarikat). (FOTO: Winnipeg Free Press)
- Advertisement -

CHICAGO: Sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang askar di negeri Pennsylvania terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam rentetan keganasan hujung minggu dan tembakan besar-besaran di seluruh Amerika Syarikat.

- Advertisement -

Tembakan di pinggir bandar Chicago, negeri Washington, Pennsylvania, St Louis, California Selatan dan Baltimore menambahkan lonjakan pembunuhan dan keganasan lain sejak beberapa tahun lalu yang menurut pakar semakin meningkat semasa wabak Covid-19, lapor AP.

“Tidak ada persoalan bahawa terdapat lonjakan dalam keganasan di seluruh Amerika Syarikat,” kata Daniel Nagin, seorang profesor dasar awam dan statistik di Universiti Carnegie Mellon, Daniel Nagin.

“Sesetengah kes ini nampaknya hanya disebabkan pertikaian pendapat, selalunya dalam kalangan remaja, dan pertikaian itu membabitkan dengan senjata api, bukan dengan penumbuk,” tambahnya.

Penyelidik bagaimanapun tidak bersetuju mengenai punca peningkatan kejadian keganasan itu yang antara teorinya  termasuklah kemungkinan bahawa keganasan didorong oleh kelaziman penggunaan senjata api di AS yang dihalalkan kerajaan, atau oleh taktik polis yang kurang agresif atau penurunan dalam pendakwaan untuk kesalahan senjata api di negara itu.

Sehingga petang hari ini, (Ahad 18 Jun waktu AS), tiada satu pun acara hujung minggu sesuai dengan definisi  tepat ‘pembunuhan besar-besaran’, kerana  hanya kurang daripada empat orang maut di setiap lokasi. 

Walau bagaimanapun, bilangan yang cedera dalam kebanyakan kes memang sepadan dengan definisi yang diterima secara meluas untuk tembakan besar-besaran.

Serangan di pesta tempat letak kereta

Di Willowbrook, Illinois pada awal pagi hari ini, seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 22 cedera dalam kejadian tembakan rambang ketika berlangsung pesta di tempat letak kereta pinggir bandar Chicago.

Pejabat sheriff DuPage County menggambarkan ‘perhimpunan aman’ untuk meraikan  perayaaan 10 Jun itu yang tiba-tiba bertukar menjadi ganas di Willowbrook, kira-kira 32.2 kilo0meter di barat daya Chicago.

Motif serangan tidak diketahui buat masa ini, dan setakat awal petang Ahad, tiada sesiapa yang telah ditangkap.

Sementara di negeri Washington pula, dua orang terbunuh dan dua lagi cedera apabila seorang penembak mula melepaskan tembakan secara rawak ke arah orang ramai di tapak perkhemahan negeri Washington, lokasi rang ramai berkumpuluntuk menghadiri festival muzik berdekatan pada malam Sabtu (17 Jun).

Tembakan berhampiran festival muzik tarian

Suspek kejadian ditembak dalam konfrontasi dengan pegawai penguatkuasa undang-undang dan ditahan, beberapa ratus ela dari festival muzik tarian elektronik Beyond Wonderland.

Amaran awam menasihatkan orang ramai tentang penembak aktif di kawasan itu dan menasihatkan mereka untuk ‘lari, bersembunyi atau melawan’.

Jurucakap Pejabat Syerif Daerah,  Grant Kyle Foreman berkata, perayaan itu berlangsung sehingga awal pagi Ahad (18 Jun), sebelum penganjur kemudian menyiarkan tweet mengatakan konsert pada Ahad telah dibatalkan.

Hanya beberapa jam selepas insiden di Washington, seorang askar negara terbunuh dan seorang lagi cedera parah di Pennsylvania tengah.

“Insiden adalah susulan seorang lelaki bertempur dengan anggota tentera pada kira-kira jam 12.45 tengah hari Sabtu berhampiran berek Lewistown dan menembak seorang anggota tentera yang kemudian dikejarkan ke hospital dengan kecederaan serius,” kata polis di Daerah Juniata.

Suspek melarikan diri, tetapi ditemui kira-kira dua jam kemudian beberapa kilometer  di Perbandaran Walker. 

“Ia merupakan pertempuran senjata meletus, membunuh penembak dan mencederakan anggota tentera yang kedua pada tahun,” ujar kenyataan polis yang bagaimanapun belum mendedahkan nama kedua-dua tentera mahupun suspek terbabit.

Gabenor Josh Shapiro berkata dalam catatan media sosial bahawa pegawai yang cedera berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Remaja tembak remaja

Tembakan awal Ahad di bangunan pejabat pusat bandar St Louis pula membunuh seorang remaja berusia 17 tahun dan mencederakan sembilan remaja lain.

Pesuruhjaya  Pesuruhjaya Polis Metropolitan St Louis, Robert Tracy mengenal pasti mangsa yang terbunuh sebagai Makao Moore berusia 17 tahun. 

Seorang jurucakap polis berkata seorang remaja bawah umur yang mempunyai pistol berada dalam tahanan polis sebagai individu yang berkaitan insiden tersebut.

Ketika kejadian, sekumpulan remaja sedang berpesta di ruang pejabat apabila kejadian tembakan berlaku sekitar jam 1 pagi Ahad itu.

Mangsa berusia antara 15 hingga 19 tahun dan mengalami kecederaan termasuk beberapa kesan tembakan. 

“Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipijak ketika dia cuba melarikan diri, menyebabkan tulang belakangnya cedera parah,” kata Tracy yang menambah bahawa kelongsong peluru dari senapang  AR dan senjata api lain bertaburan di atas tanah di lokasi kejadian.

Serangan di pesta kolam rumah

Sementara satu tembakan di pesta kolam di sebuah rumah persendirian di California Selatan menyebabkan lapan orang cedera.

KABC-TV melaporkan memetik kenyataan pihak berkuasa  sebagai berkata, insiden berlaku pada lewat Sabtu (17 Jun) di Carson, California, selatan Los Angeles.

“Mangsa berumur antara 16 hingga 24 tahun,” kata Jabatan Syerif Daerah Los Angeles dalam satu kenyataan yang menambah kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital, dengan dua daripadanya berada  dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa berkata, mereka menemui seorang lagi budak lelaki berusia 16 tahun dengan kesan tembakan apabila mereka menjawab panggilan mengenai kenderaan yang merempuh dinding berhampiran.

Sementara, di Baltimore, enam orang cedera dalam kejadian tembakan malam Jumaat (16 Jun, yang menyaksikan pegawai plis bergegas ke lokasi  di utara bandar itu sebelum jam 9 malam dan menemui tiga lelaki dengan banyak kesan tembakan, sebelum mereka kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan. 

Polis kemudian mengetahui tentang tiga mangsa tambahan yang dimasukkan ke hospital 

dengan luka tembakan yang bagaimanapun  tidak mengancam nyawa mereka.

“Mangsa yang tercedera berusia dalam lingkungan 17 hingga 26 tahun,” kata jurucakap Jabatan Polis Baltimore, Lindsey Eldridge. – HARAKAHDAILY 19/6/2023

- Advertisement -