
SANDAKAN: PAS Kawasan Libaran telah mengadakan ziarah pendidikan ke Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah dan Sekolah Pondok Miftaahussalaam bermatamat untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara PAS kawasan dengan institusi pendidikan islam di daerah itu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, sejajar dengan ajaran Islam yang meletakkan kepentingan yang wajib dalam menuntut ilmu, PAS Libaran turut menzahirkan penghargaan dan menghargai usaha warga pondok dan madrasah dalam melahirkan insan yang bukan sahaja pintar di dunia malah sehingga menuju ke akhirat.
“Kemenjadian anak-anak sekolah pondok akan melahirkan ramai asatizah/ulama dalam menyumbang besar kepada masyarakat untuk mengenal Islam, berakhlak dan bertakwa di bumi Sabah ini,” katanya dalam ucapan beliau pada program berkenaan, semalam.
Hadir sama dalam program yang menyaksikan PAS Libaran PAS turut menyampaikan sumbangan kepada wakil institusi sekolah pondok dan mnadrasah terbabit ialah
Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Ulama Malaysia, Mohd Fakaruddeen Che Omar; AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia, Asmak Hussin; Yang Dipertua PAS Libaran, Abdul Wara Mohammad; Ketua Lajnah Pendidikan PAS Libaran, Syamsyi Jamaluddin serta beberapa ahli jawatankuasa PAS kawasan.
Terdahulu, PAS Libaran turut menziarahi Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah dan turut menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan bakul makanan kepada wakil sekolah.
Dalam pada itu, wakil Sekolah Pondok Miftahussalam, Ustazah Mastini Ejin turut menzahirkan ucapan terima kasih atas kesudian PAS Libaran menziarahi sekolah mereka dan berharap agar hubungan ukhuwah yang dibina itu berterusan.
“Kami sangat mengalu-alukan ketibaan PAS dan rombongan yang sememangnya telah lama kami nantikan,” katanya.
Hadir sama Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Ulama Malaysia, Mohd Fakaruddeen Che Omar, AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia, Asmak Hussin, Yang Dipertua PAS Libaran, Abdul Wara Mohammad, Ketua Lajnah Pendidikan PAS Libaran, Syamsyi Jamaluddin serta beberapa ahli jawatankuasa PAS kawasan.
Selain itu, PAS turut menyampaikan sumbangan kepada wakil institusi Sekolah Pondok dan Madrasah.
Sebelumnya, PAS kawasan turut menziarahi Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah dan turut menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan bakul makanan kepada wakil sekolah. – HARAKAHDAILY 19/6/2023




















