Rakyat selesa panggil MB Perlis, Cikgu Mat

Mohd Shukri atau Cikgu Mat (berkameja biru) yang berjiwa rakyat, menyantuni peniaga orang kurang keupayaan (OKU) yang menjual pelbagai produk di Pasar Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kangar, Perlis pada 18 Jun 2023.
- Advertisement -

KANGAR: Walaupun sudah dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Perlis, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli kekal dengan panggilan Cikgu Mat dalam kalangan rakyat atau penduduk kampung.

- Advertisement -

Beliau berkhidmat sebagai ADUN sejak dua penggal lalu, tetap meneruskan agenda menyantuni rakyat ketika tidak sibuk dengan tugas di pejabat.

Menteri Besar hadir dengan menunggang motosikal selepas bersarapan bersama Ahli Jawatan Kuasa Badan Perhubungan PAS Perlis, semalam.

Beliau menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kangar, peniaga orang kurang keupayaan (OKU) yang menjual pelbagai produk.

Hadir sama ahli jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri, Baharudin Ahmad dan Masaudi Din serta Adun Sena, Marzita Mansor.

Menurut Mohd Shukri, dalam program itu, beliau kesempatan mendengar pandangan penduduk tempatan mengenai masalah yang mereka hadapi.  

“Jom support peniaga OKU di UTC, Kangar. Ada pelbagai hasil kraftangan, novel dan kerepek ubi,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/6/2023

- Advertisement -