Muslimat PAS Lahad Datu rai pelajar cemerlang SPM

- Advertisement -

LAHAD DATU: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Lahad Datu menyampaikan cenderahati dan jambangan bunga kepada pelajar, Nur Huda Aisyah Bakri yang telah memperoleh keputusan cemerlang 9A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

- Advertisement -

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Lahad Datu, Nur Faizan Suardi berkata, objektif utama program penyampaian tersebut adalah untuk meraikan kejayaan dan memberi penghargaan buat pelajar yang cemerlang dalam daerah di Sabah.

“Kami harap supaya pelajar ini (Nur Huda Aisyah Bakri) teruskan usaha kerana ini baru permulaan. Apa yang penting jaga hubungan dengan Allah SWT, insya-Allah akan dipermudahkan segala-galanya,” kata Faizan.

“Buat anak-anak yang sedang belajar kena jaga hubungan dengan ibu bapa, guru dan orang disekeliling;  dan yang penting, hormati masa kerana itulah tip untuk menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat,” tambahnya yang berharap program seumpama itu perlu diteruskan supaya sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada remaja lain untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Muslimat PAS Lahad Datu, Maimunah Mahmud serta beberapa ahli jawatankuasanya.

Sementara menurut Nur Huda yang merupakan  pelajar Sekolah menengah Kebangsaan (SMK) Kunak berkongsi tip kejayaannya dalam SPM antaranya ialah sentiasa membuat persediaan awal dan mendisiplinkan diri ketika belajar.

“Selain itu, solat lima waktu dan mengaji al-Quran amalan yang kerap dilakukan,” katanya.  – HARAKAHDAILY 19/6/2023

- Advertisement -