Timbalan Menteri tidak jawab soalan Malaysia Madani

Tan Sri Dr Rais Yatim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim menegur seorang timbalan menteri kerana tidak menjawab isu yang dibangkit senator dari Sarawak berkaitan Malaysia Madani.

- Advertisement -

Sebaliknya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) Wilson Ugak Kumbong menjelaskan mengenai projek kerajaan persekutuan di Sarawak.

Dr Rais berkata, pada pandangannya Timbalan Menteri tidak menjawab soalan yang dibangkitkan berkaitan agenda Malaysia Madani di Sarawak.

“Pada pandangan saya Timbalan Menteri tidak menjawab soalan yang dibangkitkan, sebaliknya menjelaskan mengenai projek pembangunan.

“Apa pun terpulang kepada Timbalan Menteri, ini hanya padangan saya sahaja,” katanya ketika mencelah semasa Ugak Kumbong memperincikan projek kerajaan pusat di Sarawak.

Sebelum itu Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyifatkan tindak tanduk kerajaan sekarang tidak mencerminkan Malaysia Madani apabila pemimpin politik dilantik mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan.

Ugak Kumbong berkata, pelantikan pemimpin politik mengetuai GLC berlaku sejak dahulu lagi termasuk era kerajaan BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun bagi membantu Timbalan Menteri terbabit Senator Rita Sarimah Anak Patrcik Insol dari Sarawak memberitahu pelantikan tersebut tidak menjadi kesalahan selagi mereka ada kelayakan.

Menjelas lanjut Ugak Kumbong berkata, tidak menjadi kesalahan melantik pemimpin politik mempengerusi GLC sekiranya mereka mampu membantu meningkatkan keuntungan. – HARAKAHDAILY 5/4/2023

- Advertisement -