Mahmoud Abbas gesa Israel bebaskan semua tahanan Palestin

Seramai hampir 4,550 warga Palestin kini dikurung di dalam penjara di Israel, termasuk 27 wanita) tanpa dibicarakan dan sabit kesalahan. (FOTO Twitter/Presstv.ir)
- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa agar kesemua tahanan Palestin  dibebaskan oleh zionis Israel.

Sehingga kini, hampir 4,550 warga Palestin dikurung di dalam penjara di Israel, termasuk 175 di bawah umur dan 27 orang wanita, bersama-sama dengan 670 tahanan lain tanpa dibicarakan atau sabit kesalahan, lapor Anadolu Agency.

- Advertisement -

Dalam kenyataannya pada majlis perasmian dua projek amal, di sini, pada Ahad (20 Ogos), Abbas berkata bahawa Palestin perlu meneruskan tuntutan untuk menangani isu pelarian Palestin dan pembebasan semua tahanan di penjara Israel.

Beliau turut berikrar bahawa rakyat Palestin tidak akan meninggalkan wilayah yang diduduki mereka.

“Kami tidak akan meninggalkan negara kami ini walau apa pun syaratnya,” katanya.

Dalam pada itu, agensi berita, Kayhan.ir melaporkan bahawa selama bertahun-tahun, warga Palestin yang dipenjarakan oleh Israel telah menggunakan mogok lapar untuk menuntut keadaan hidup yang lebih baik dan penamatan penahanan mereka.

Mahmoud Abbas berikrar bahawa warga negaranya tidak akan berganjak dari bumi Palestin walau dalam apa sahaja syarat yang ditetapkan zionis Israel. (FOTO Anadolu Agency)

Tahanan Palestin di penjara Israel mengancam untuk melancarkan mogok lapar terbuka untuk membantah penderaan Israel terhadap mereka di penjara.

Dalal Awawdeh, isteri kepada seorang tahanan Palestin, Khalil Awawdeh yang telah melancarkan mogok lapar selama berbulan-bulan, berkata bahawa tentera zionis telah menghalangnya daripada memasuki wilayah yang diceroboh melalui pos pemeriksaan di Tebing Barat yang diceroboh itu untuk melawat suaminya yang tenat.

Dalal memberitahu agensi berita rasmi Palestin, Wafa pada hari Ahad (20 Ogos) bahawa dia dinafikan masuk ke wilayah yang diduduki melalui pusat pemeriksaan Tarqumia, yang terletak di selatan Tebing Barat, dengan berkata, tentera rejim mendakwa bahawa permit masuknya telah tamat tempoh malam sebelumnya.

Dia menyatakan bahawa keadaan kesihatan suaminya telah mencapai tahap kritikal akibat mogok lapar yang berpanjangan sebagai tanda protes terhadap dirinya yang dikurung secara tidak adil di tangan rejim kejam Israel, sambil menambah suaminya itu telah kehilangan separuh berat badannya dan kebolehan untuk bercakap.

Khalil Awawdeh sebelum dipenjarakan zionis Israel (foto kiri) dan selepas dipenjarakan (foto kanan) susulan mogok lapar. (FOTO QudsNen)

Bagaimanapun, ujar Dalal, semangat suaminya kekal tinggi dan menegaskan bahawa dia akan meneruskan mogok laparnya sehingga dia dibenarkan dibebaskan sepenuhnya.

Khalil Awawdeh, bapa kepada empat anak itu merupakan salah seorang daripada beberapa banduan Palestin yang telah melakukan mogok lapar berpanjangan selama bertahun-tahun untuk membantah penahanan pentadbiran tidak adil zionis Israel, yang membolehkan rejim menahan banduan tanpa disabitkan kesalahan.

Terdahulu, pada tahun 1993, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel menandatangani Perjanjian Oslo, yang memberikan rakyat Palestin satu bentuk pemerintahan sivil, tetapi rundingan gagal untuk menyelesaikan perjanjian dan membawa kepada negara Palestin.

Rundingan damai Palestin-Israel gagal pada April 2014 apabila Tel Aviv enggan menghentikan pembinaan penempatan penceroboh haram zionis, malah dan tidak mahu membebaskan tahanan Palestin yang dipenjarakan sebelum 1993. – HARAKAHDAILY 22/8/2022

- Advertisement -