1,500 anak muda berkonvoi dalam hujan ke himpunan PN

Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu (dua dari kiri), bersama peserta Himpunan Anak Muda Kelantan. - Foto Rizal Tahir
- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Biarpun hujan, program Himpunan Anak Muda Kelantan sempena sambutan ulang tahun kedua Perikatan Nasional (PN) tetap meriah dengan kehadiran lebih 3,000 anak muda.

Program petang ini bermula dengan konvoi motosikal disertai 1,500 anak muda bersama pimpinan PN bermula di Lembah Sireh ke Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

- Advertisement -

Majlis dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu. Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat dan timbalannya, Zuraidin Abdullah serta Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Kamaruzaman Mohamad.

Majlis bermula dengan solat Asar berjemaah dan kemudian diteruskan dengan persembahan dikir moden oleh Fardil Turbo, Fendi Kenali dan pasangannya, Din Manja serta artis kesukaan ramai, Sufian Suhaimi.

Himpunan Anak Muda Kelantan sempena ulang tahun ke-2 Perikatan Nasional

Selepas solat Maghrib pula diadakan kuliah Hijratul Rasul disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato Dr Nik Zawawi Salleh.

Solat hajat pula diadakan selepas solat Isyak yang diimamkan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Nik Razi Nik Mat.

Program ini berakhir dengan forum yang membariskan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Menteri Pendidikan, Dato Dr Mohd Radzi Md Jidin. – HARAKAHDAILY 21/8/22

- Advertisement -