Perasmian pembukaan Pasaraya Ummah

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH dan tahniah buat Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat atas pembukaan Pasaraya Ummah yang pertama bertempat di Pulau Meranti, Cyberjaya dan sebagai satu langkah pemula bagi pengembangan lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia. Insya-Allah. 

Saya juga telah merasmikan inisiatif ‘AMAL Kongsi Rezeki’ dan keluaran minyak masak Ummah dalam program yang sama. Dalam konteks berniaga ini, adalah sangat penting untuk kita menjalankannya dengan jujur dan benar. 

- Advertisement -

Sebagaimana yang amaran daripada Allah S.W.T di dalam surah Al-Mutaffifin ayat 1-3:

“Celakalah orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.”

Oleh itu, hendaklah kita selalu benar, menjaga kualiti serta mementingkan keberkatan di dalam perniagaan. Amat besar ganjaran daripada Allah S.W.T terhadap peniaga yang sentiasa jujur dalam menghadapi ujian dalam perniagaan. 

Dalam agenda memperkasakan lagi ekonomi orang Melayu Islam, ini adalah suatu inisiatif yang sangat baik. Kita mengharapkan lebih banyak lagi cawangan seterusnya memperkasakan masyarakat kita yang berkecimpung dalam perniagaan.

Hadir bersama semalam YB Dr. Khairuddin Aman Razali, Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat, YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Ustaz Haji Husin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia. Moga usaha ini sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 11/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100064749544314/posts/232807518887565/

- Advertisement -