Banjir kilat melanda Iran, 15 terbunuh

Kejadian banjir kilat yang berlaku di Sungai Halil, Jiroft, Iran. (FOTO: Arab News)
- Advertisement -

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala lapan lagi hilang selepas banjir kilat melanda selatan Iran, wilayah yang biasanya mengalami cuaca kering.

Agensi berita IRNA melaporkan bahawa selepas menemui mayat terakhir dalam kejadian banjir di Sungai Halil di Jiroft, seramai 15 orang disahkan maut pada Isnin.

- Advertisement -

Hampir kesemua yang terkorban dalam kejadian banjir itu merupakan warga Afghanistan yang tinggal di Iran.

Sementara itu, saintis berkata perubahan iklim telah menyebabkan perubahan cuaca yang melampau, termasuk kemarau serta potensi peningkatan intensiti ribut hujan.

Iran sebelum ini bukan sahaja telah mengalami kemarau berulang dalam sedekad yang lalu, tetapi juga banjir biasa, dengan fenomena menjadi lebih buruk apabila hujan lebat turun di negara itu.

Pada 2022, hujan lebat di selatan Iran menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang terkorban dan menyebabkan kerosakan dianggarkan kira-kira AS$200 juta (RM835 juta). – Agensi/– HARAKAHDAILY 30/9/2024

- Advertisement -