Insiden helikopter TLDM: Agong zahir takziah

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter di Lumut hari ini (23 April).

- Advertisement -

“Beta dan Raja Zarith berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. 

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Beta juga mahukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian ini,” titah Seri Paduka Baginda dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, menurut laporan media tempatan hari ini, seramai 10 mangsa dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut dilaporkan, kedua-dua pesawat itu bertembung ketika terbabit dalam menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. – HARAKAHDAILY 22/4/2024

- Advertisement -