KDN FC uji pemain melalui perlawanan persahabatan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) sekarang dalam misi menguji kekuatan pasukannya sebelum mengharungi Liga Super musim 2024.

- Advertisement -

Ketua Jurulatih KDN FC, Park Jaehong berkata, KDN FC akan turun beraksi menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan persahabatan Rabu ini.

Katanya perlawanan itu bagi melihat kemampuan atau kekurangan pasukan itu sebelum bersaing di Liga Super.

“Kami tidak akan mengambil mudah perlawanan terbabit. Saya difahamkan Sri Pahang sudah menjalani persiapan yang cukup rapi.

“Kita ingin melihat dan menganalisis semua pemain KDN FC agar mereka betul-betul bersedia berdepan Sri Pahang esok,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, KDN FC sedar kelab lawan konsisten sejak musim lepas lagi.

“Mereka juga mengatur banyak aksi persahabatan sempena pra musim ketika ini dan kami gembira kerana bakal menerima satu kelab yang baik,” katanya.

Menurutnya juga pihak jurulatih tidak mahu terburu-buru memandangkan KDN FC baru sahaja melalui satu perlawanan pra musim.

Beliau juga berkata, pemain KDN FC menjalani latihan yang diadakan dari semasa ke semasa bagi memghadapi saingan tersebut. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -