Helikopter TLDM terhempas: PAS Perak rakam dukacita

Nahas dua buah helikopter TLDM di Lumut, Perak pada hari ini yang telah mengorbankan 10 nyawa.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak menzahirkan dukacita atas kemalangan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam raptai di Lumut yang dilaporkan hari ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, ia adalah satu berita sedih bagi keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

- Advertisement -

Beliau berkata, sebagai warga yang menikmati keamanan dari pengorbanan anggota tentera, masyarakat Malaysia sangat merasai kehilangan ini. 

“Mereka adalah aset besar negara dan kemalangan ini adalah kehilangan besar bagi negara. PAS Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga terlibat dan mendoakan mereka diberi kesabaran atas musibah yang menimpa. 

“PAS Perak berharap kerajaan memberi perhatian terhadap kebajikan isteri dan anak anak pahlawan yang berkorban untuk negara ini. 

“Kita juga berharap agar satu siasatan rapi dan terperinci dibuat untuk mengenalpasti punca agar kemalangan ini tidak berulang di masa depan,” kata beliau yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, menurut laporan media tempatan hari ini, seramai 10 mangsa yang terdiri daripada empat kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut dilaporkan, kedua-dua pesawat itu bertembung ketika terbabit dalam menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -