Gangguan bekalan air: DPPNJ gesa Ranhill SAJ bertindak

Abd Rahman Faudzi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menggesa pihak Ranhill SAJ mengambil tindakan yang sewajarnya dan lebih proaktif dalam menangani isu bekalan air ini serta meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Abd Rahman Faudzi berkata, pihaknya berharap Ranhill SAJ dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin agar tidak menjejaskan aktiviti harian terutama di sektor pendidikan dan sektor industri.

- Advertisement -

“DPPNJ masih menerima keluhan dari masyarakat mengenai kekurangan air di beberapa kawasan antaranya di Kluang, Kulai dan beberapa daerah berhampiran,” ujarnya.

Menurutnya, gangguan bekalan air ini bukanlah isu yang baharu di Johor, kerana aIa merupakan isu yang berulang saban tahun, walaupun sebelum ini Menteri Besar Johor,  Dato’ Onn Hafiz Ghazi telah mengarahkan pihak Ranhill SAJ untuk membuat sebarang persiapan bagi menangani masalah berkenaan.

“Namun, DPPNJ turut mengucapkan tahniah kepada pihak Ranhill SAJ kerana berjaya mengurangkan isu masalah air yang berada pada tahap kritikal berbanding  tahun-tahun sebelum ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/4/2024

- Advertisement -