Tentera darat Israel berundur dari selatan Gaza

Dua kanak-kanak Palestin di celah runtuhan kediaman yang dibom Israel di selatan Gaza pada 7 April 2024. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Israel mengesahkan telah mengundurkan semua angkatan tentera daratnya dari selatan Semenanjung Gaza kecuali satu briged, ketika perang Hamas-Israel memasuki bulan ketujuh pada hari Ahad.

Israel juga berkata bahawa empat daripada komandonya telah terbunuh selepas pejuang Palestin Hamas menyerang hendap mereka di Khan Younis, manakala UNICEF berkata bahawa 600,000 kanak-kanak di Rafah, lokasi majoriti penduduk Gaza telah kehilangan kediaman, hidup dalam kelaparan dan ketakutan di tengah-tengah serangan Israel.

- Advertisement -

Saluran TV gabungan kerajaan Mesir, Al-Qahera melaporkan pada awal hari ini, Isnin, memetik sumber kanan Mesir, kemajuan telah dibuat dalam perbincangan di Kaherah mengenai gencatan senjata di Gaza dan terdapat persetujuan mengenai perkara asas antara semua pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, Amerika Syarikat dan perunding lain dijangka menyertai wakil Israel dan Hamas di Kaherah, Mesir dalam usaha memperbaharui gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tawanan.

Pengarah CIA, Bill Burns dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani akan menyertai pengantara Mesir untuk rundingan tidak langsungantara delegasi Israel dan Hamas.

Hamas dalam pada itu, mengesahkan menjelang rundingan bahawa tuntutan terasnya ialah gencatan senjata sepenuhnya di Gaza dan pengunduran tentera Israel sepenuhnya. – HARAKAHDAILY 7/4/2024

- Advertisement -