Israel bunuh 18 kanak-kanak di Rafah

Seorang lelaki memangku anaknya yang merupakan salah seorang yang terkorban dalam serangan udara terbaharu tentera Zionis Israel di Rafah, Semenanjung Gaza pada 21 April 2024. (FOTO: X@ksdkNews)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Serangan Israel di enklaf pantai berterusan, termasuk di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza, menyaksikan serbuan semalaman pada Ahad telah mengorbankan 22 nyawa, termasuk 18 kanak-kanak – 17 daripadanya adalah daripada keluarga yang sama.

Pihak hospital Kuwait berhampiran lokasi kejadian yang menerima mayat mangsa berkata, serangan pertama pada awal pagi Ahad membunuh seorang lelaki, isterinya yang hamil dan anak mereka yang berusia tiga tahun; namun doktor berjaya menyelamatkan bayi dalam kandungan mangsa.

- Advertisement -

Israel telah melakukan hampir serbuan udara setiap hari ke atas Rafah, lokasi di mana lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah mencari perlindungan daripada berperang di tempat lain.

“Serangan kedua, juga pada Ahad membunuh 17 kanak-kanak dan dua wanita, kesemuanya daripada keluarga yang sama,” ujar pihak hospital berkenaan.

Sementara, serangan udara di Rafah pada malam sebelumnya mengorbankan sembilan orang, termasuk enam kanak-kanak; dan Al Jazeera yang melaporkan dari Rafah berkata, ancaman pencerobohan darat di situ semakin ‘berkembang’.

“Seluruh keluarga disasarkan secara langsung di dalam rumah kediaman tempat mereka berteduh,” katanya.

Israel juga telah berikrar untuk memperluaskan serangan daratnya ke bandar di sempadan dengan Mesir walaupun terdapat seruan antarabangsa untuk menahan diri, termasuk dari Amerika Syarikat (AS).

Walau bagaimanapun, AS berterusan menyediakan pakej senjata kepada Israel. mPada hari Sabtu, Dewan Perwakilan AS dengan sokongan dua parti utama meluluskan pakej perundangan AS$95 bilion yang menyediakan bantuan kepada Ukraine, Israel dan Taiwan. – Agensi– HARAKAHDAILY 22/4/2024

- Advertisement -