1,069 anak yatim, armalah, OKU terima sumbangan raya

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 1,069 anak yatim, armalah, orang kelainan upaya (OKU) di DUN Bunut Payong menerima sumbangan kerajaan negeri menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

- Advertisement -

Program Kelantanku Cakna itu dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita diperkenalkan sejak berpuluh tahun lalu.

ADUN Bunut Payong Shaari Mat Yaman berkata, seramai 839 penerima merupakan golongan armalah dan 200 anak yatim.

Selain itu katanya 30 lagi OKU menerima sumbangan disampaikan kerajaan negeri setiap tahun.

Shaari berkata, sumbangan tersebut sedikit sebanyak diharap dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi golongan terbabit ketika menyambut kedatangan Aidilfitri.

“Kerajaan negeri tidak pernah lupa golongan yang memerlukan bantuan bersesuaian dengan dasar kebajikan yang diperkenalkan kerajaan negeri,” katanya pada program berkenaan di Dewan Jubli Perak baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, penghulu dan pemimpin masyarakat tempatan. – HARAKAHDAILY 8/4/2024

- Advertisement -