283 mayat ditemui di kubur besar Khan Younis

Pekerja kesihatan Palestin menggali mayat yang dikebumikan oleh tentera Israel di pekarangan Hospital Nasser di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza, pada 21 April 2024 .(FOTO: AFP)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Kru pertahanan awam Palestin telah menemui satu kubur besar di dalam Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis di Gaza, dengan sekurang-kurangnya 283 mayat ditemui setakat ini, ketika Israel meneruskan pengeboman ke atas enklaf pantai yang musnah selama lebih daripada enam bulan.

Penemuan pada hari Sabtu (20 April), dan berterusan hingga Ahad (21 April) itu berlaku selepas tentera Israel mengundurkan tenteranya dari bandar selatan pada 7 April.

- Advertisement -

Ismail al-Thawabteh daripada pejabat media Kerajaan Gaza mendedahkan, 700 orangdi Khan Younis hilang tanpa dapat dikesan sejak tentera Israel berundur dari bandar itu.

Sebahagian besar Khan Younis kini musnah selepas beberapa bulan pengeboman dilakukan Israel tanpa henti dan pertempuran sengit di darat dengan pejuang Hamas.

“Di halaman hospital, anggota pertahanan awam dan paramedik telah menemui 180 mayat yang dikebumikan di kubur besar ini oleh tentera Israel. Mayat termasuk wanita tua, kanak-kanak dan lelaki muda,” lapor Al Jazeera melaporkan dari Khan Younis pada Ahad.

Dalam satu kenyataan lewat pada hari Sabtu, perkhidmatan kecemasan Palestin berkata: “Pasukan kami meneruskan operasi pencarian dan pengambilan semula mereka untuk para syuhada yang tinggal pada hari-hari mendatang kerana masih terdapat sejumlah besar daripada mereka.”

Pada awal minggu ini, sebuah kubur besar ditemui di Hospital al-Shifa berikutan pengepungan tentera Israel selama dua minggu. Ia adalah salah satu daripada beberapa kubur besar yang ditemui di kemudahan perubatan terbesar di enklaf pantai di Gaza tersebut.

Pegawai kesihatan tempatan berkata, serangan genosid Israel ke atas Gaza telah mengornbankan sekurang-kurangnya 34,151 warga Palestin maut dan 77,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas, selain kemusnahan berskala besar memusnahkan dua bandar terbesar di Gaza dan meninggalkan kemusnahan di seluruh wilayah itu dan kekurangan barang keperluan asas.

Sekurang-kurangnya dua pertiga daripada mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita, dan jumlahnya kemungkinan lebih tinggi kerana banyak mayat tersepit di bawah runtuhan akibat serangan udara atau berada di kawasan yang tidak dapat dijejaki pekerja kesihatan Palestin. – Agensi– HARAKAHDAILY 22/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -