Pelajar UMK cipta aplikasi ‘Grow Your App Stem Kit’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tiga pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya membangunkan aplikasi Grow Your App Stem Kit yang berupaya membantu kanak-kanak prasekolah mengenali asas keperluan tumbuhan.

- Advertisement -

Tiga pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (FTKW) berkenaan, Siti Nur Syafiqah Abdul Latif, Muslihah Mohd Norhisam dan Siti Nor Syafiqah Muhamad Hanafiah.

Pengarah Ignite Venture Lab (IVL) UMK, Dr Hana Yazmeen Hapiz berkata, aplikasi tersebut dihasilkan menerusi teknologi Internet of Things (IoT).

Katanya, pada masa yang sama aplikasi itu turut memenangi tempat ketiga bagi kategori Make Stem Fun Again di Program Sustainathon Malaysia 2024 di Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur pada 3 April lalu.

“Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000 dan sijil penyertaan. Keseluruhan kos membangun prototaip aplikasi dan kit tersebut berjumlah RM500.

“Aplikasi berkenaan menarik minat kanak-kanak mendalami berkaitan sains,” katanya pada kenyataan media di sini hari ini.

Dr Hana juga berkata, kit itu juga dilengkapi dengan penjejak nutrisi tanah, pasu bunga, bikar dan benih tumbuhan.

Oleh itu, beliau berharap kemenangan pertandingan itu akan digunakan untuk mengkomersialkan produk kit yang akan dipasarkan pada akhir tahun ini. – HARAKAHDAILY 8/4/2024

- Advertisement -