Suruhanjaya Tinggi New Zealand temui kerajaan Terengganu

Ahmad Samsuri (tengah) dan Pam Dunn (dua dari kanan) dalam pertemuan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Suruhanjaya Tinggi New Zealand.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bahawa beberapa perkara telah dibincangkan iaitu berkaitan perkembangan ekonomi demi pembangunan rakyat serta bertukar cerita mengenai budaya kehidupan di tempat masing-masing termasuklah aktiviti pelancongan. 

- Advertisement -

“Tidak ketinggalan (kami) bertukar pandangan berkenaan sektor pendidikan dan pelbagai peluang untuk disediakan kepada anak muda dalam pelbagai bidang.

“Tambahan, saya sempat berkongsikan pandangan apabila disoal berkait politik dan parti PAS malahan respon mereka positif apabila berminat untuk ketahui lebih lanjut akan PAS dan ahlinya,” ujarnya dalam satu kenyataan melalui media sosial rasmi miliknya hari ini.

Tambahnya, beliau berterima kasih kepada  rombongan yang diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi  Suruhanjaya Tinggi New Zealand, Pam Dunn serta Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Sharmila Bernau, dan Penasihat Polisi Dan Hal Ehwal Awam, Zi Yao Lim atas pertemuan bermakna ini. – HARAKAHDAILY 29/3/2024

- Advertisement -