Islam selaras dengan kemodenan

- Advertisement -

DALAM sejarah ketamadunan di Barat, pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka apabila  berlaku revolusi kehidupan dan pembangunan moden.

Sehingga akhirnya, lahirnya golongan hippies yang lahir daripada tekanan hidup dan ekonomi. Mereka tiada agama yang sebahagiannya daripada generasi muda yang memberontak.

Mereka melahirkan protes dan penentangan mereka melalui muzik. Oleh sebab itu, ada muzik yang pelik. Kita orang Islam tidak patut menuruti jejak langkah sebegitu. 

- Advertisement -

Begitu juga dengan ahli-ahli sains di Barat yang menolak agama. Ini kerana latar belakang mereka. Mereka berbalah dengan paderi dan ajaran Kristian. 

Ajaran Kristian bukan ajaran Nabi Isa yang sebenarnya kerana telah diputarbelit, diubah dan dipinda. Oleh sebab itu, ia bercanggah dengan ilmu sains dan akal yang waras. 

Ilmu sains ini bersifat akal atau rasional berdasarkan kaedah-kaedah tertentu. Namun, banyak ajaran Kristian yang ada bercanggah dengan akal, oleh sebab itu ia bertembung dengan sains.

Berbeza dengan Islam, dalam sejarah Islam, sains hidup dengan subur. Ahli-ahli sains bukan sembarangan orang, mereka ialah orang-orang alim. 

Sebagai contoh, Ibn Sina yang merupakan seorang ulamak dan ahli falsafah. Ibn Rushd pula merupakan seorang qadi Cordova. 

Jadi, kita kena memahami sejarah dan jangan terpengaruh dengan Barat. Barat lahir dalam bentuk yang berbeza. ‘Culture’ atau budayanya lahir dalam suasana yang jauh berbeza.

Kita Islam jadi suasananya juga berbeza. Akibat kita tidak tahu sejarah dan agama, maka kita akan terikut dengan orang Barat. Apabila kita belajar sains, kita menolak agama. Apabila kita nak hiburan, kita melawan agama. Mufti pun kita lawan. 

Ditegur pasal konsert, katanya: “Buat konsert pun boleh sembahyang hajat.” Seolah-olah seperti sembahyang hajat di kelab malam. 

Boleh solat tetapi tidak kena pada tempat. Kalau ‘kita sembahyang hajat dulu, lepas tu kita menari, menyanyi, ‘enjoy’, itu tidak betul sebab macam kita mempermainkan agama. 

Tidak salahkan artis kerana orang-orang yang mengaji pun ada yang jahil dalam bab agama. Tetapi, itulah mentaliti atau cara kita berfikir. 

Inilah antara masalah yang kita hadapi dalam hidup. Ada yang menolak sepenuhnya hiburan dan ada yang bercampur aduk. Ini tidak betul kerana ada kaedahnya. – HARAKAHDAILY 29/3/2024

– Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Nik Abdullah (Naib Presiden PAS)

- Advertisement -