Generasi muda AS kian sokong Palestin

Penduduk Amerika Syarikat sertai perarakan menyokong Palestin di Washington DC.
- Advertisement -

WASHINGTON DC: Lebih ramai generasi muda Amerika Syarikat (AS) mempunyai pandangan yang positif terhadap rakyat Palestin berbanding Israel berhubung serangan kejam Israel di Gaza.

- Advertisement -

Dalam tinjauan terkini Pusat Penyelidikan Pew, pada masa sama kira-kira separuh daripada penduduk AS tidak mengetahui pihak yang mencatat kematian lebih tinggi.

Tinjauan itu adalah penyelidikan terbaru yang dijalankan mengenai sikap rakyat AS terhadap keadaan di Gaza yang bermula pada Oktober lalu. Kajian mendapati bahawa 60 peratus rakyat AS yang berumur antara 18-29 tahun menyatakan pandangan yang baik terhadap rakyat Palestin, manakala 46 peratus mempunyai pandangan yang baik terhadap rakyat Israel.

Hasil tinjauan Pew menyusuli tinjauan pendapat Gallup awal bulan ini yang mendapati bahawa 38 peratus golongan muda yang berumur antara 18-34 tahun mempunyai pandangan yang baik terhadap Israel, penurunan sebanyak 26 peratus berbanding tahun sebelum ini.

Walaupun sikap generasi muda kelihatan berubah, tinjauan mendapati bahawa kebanyakan rakyat AS tidak mengetahui realiti di lapangan di Gaza. Tinjauan Pew mendapati bahawa 48 peratus rakyat AS tidak tahu pihak yang mencatat jumlah kematian lebih tinggi. – HARAKAHDAILY 29/3/2024

- Advertisement -