Masih diserang Zionis: Hamas, rakyat Gaza kekal teguh

Hossein Amir-Abdollahian (kiri) dan Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada 26 Mac 2024. (FOTO: Tehran Times)
- Advertisement -

TEHRAN: Iran mengulas resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata di Semenanjung Gaza adalah kemenangan politik bagi rakyat Palestin.

Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian dalam kenyataannya ketika dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di sini pada Selasa berkata, resolusi tersebut  adalah tindakan yang sudah  terlewat , namun ia masih dilihat sebagai  positif dan dianggap sebagai kemenangan politik bagi negara Palestin hasil daripada kegigihan, kesabaran dan ketabahan mereka di medan perang.

- Advertisement -

“Lawatan Ismail Haniyeh ke Tehran adalah peristiwa penting, pihak kami telah memberi jaminan kepada beliau, bahawa perhimpunan Al-Quds pada tahun ini akan diadakan dengan lebih gemilang.

Beliau seterusnya berkata bahawa walaupun telah melakukan kesalahan  jenayah yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak terkira banyaknya terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, rejim Zionis tidak mencapai sebarang matlamat strategiknya yang diisytiharkan,  walau mendapat sokongan penuh sekutunya, terutama Amerika Syarikat, lapor MNA.

“Walaupun keadaan yang sangat sukar dan menyeksakan di Semenanjung Gaza pada ketika ini, terdapat kemenangan untuk rakyat Palestin dan pejuang penentangan Hamas di sana,” tegasnya.

Sementara Haniyeh berkata,  walaupun jenayah kejam dan genosid berterusan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, pejuang penentangan Islam Hamas  dan rakyat Palestin masih berdiri teguh.

Beliau juga memuji usaha diplomatik Iran dalam menyokong Palestin sepanjang  perang Hamas-Israel di Gaza. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -