Cuaca panas tak halang ADUN turun padang agih kurma

- Advertisement -

TUMPAT: Biarpun panas agak membahang namun ia tidak menghalang ADUN Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah dan isterinya Nor Azhana Ab Aziz menyampaikan kurma kepada orang ramai di dua pasar di Wakaf Bharu.

- Advertisement -

Pasar terbabit iaitu Pasar Besar Wakaf Bharu dan Pasar Besar Chabang Empat, Tumpat.

Muhd Rusli berkata, biarpun cuaca agak panas namun aktiviti mengagih kurma kepada orang ramai tetap dijalankan memandangkan ia merupakan rutin setiap kali Ramadan.

Katanya cuaca panas kebelakangan ini kadang-kadang melebihi 34°C di Kelantan.

“Bahang cuaca panas seperti ini dirasai setiap tahun ketika gelombang el Nino, namun ia tidak bermakna orang ramai boleh mengambil ringan risikonya terutama aspek kesihatan.

“Apabila badan kita kering boleh menyebabkan gangguan sel saraf dan jantung,” katanya ketika ditemui pada program tersebut hari ini.

Pada program itu Mohd Rusli dan Azhana yang juga seorang ‘optometrist’ turut meramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di pasar berkenaan. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -