Kuih pasukan keselamatan disedia PURNAMA sejak 1994

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pertubuhan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Kelantan (PURNAMA) menyiapkan pembungkusan kuih untuk anggota pasukan keselamatan sejak tahun 1994 sehingga sekarang.

- Advertisement -

Yang Dipertua PURNAMA Datin Wan Norhanita Wan Yaakob berkata, sudah 30 tahun PURNAMA mengurus lebih 13,000 pek kuih setiap tahun yang berisi biskut dan kek premium.

Katanya kuih tersebut ditempah khas untuk diagihkan kepada 17 pasukan keselamatan negeri yang bertugas di Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Juadah Aidilfitri tersebut disumbang kerajaan negeri sebagai menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan.

“Keluarga mereka juga berkorban kerana suami menjaga keselamatan negara ketika umat Islam lain bergembira menyambut hari raya,” katanya di sini.

Semalam diadakan pengagihan kuih raya kepada wakil-wakil pasukan keselamatan oleh Menteri Besar Datuk Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud bertempat di Kota Darulnaim.

PURNAMA sebelum ini diketuai Puan Seri Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Datin Bentara Kanan Siti Zabedah Abdul Hamid.

Sementara itu, Setiausaha PURNAMA Datin Norasyikin Ahmad berkata, kerja-kerja pembungkusan pek kuih dilaksana dengan kerjasama muslimat di Pusat Khidmat DUN dan sukarelawan. – HARAKAHDAILY 27/3/2024

- Advertisement -