Resolusi PBB gencatan senjata Gaza sahaja tak cukup – Iran

Nasser Kan'ani. (FOTO: Rudaw.net)
- Advertisement -

TEHRAN: Iran menganggap resolusi yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata di Semenanjung Gaza, selepas enam bulan perang Israel-Hamas sebagai langkah positif tetapi, ia tidak mencukupi.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kan’ani berkata, langkah paling penting ialah mengambil tindakan yang berkesan untuk melaksanakan resolusi dan menghentikan serangan rejim Zionis penceroboh terhadap Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

- Advertisement -

“Selain itu perlu dihapuskan sepenuhnya sekatan kejam Israel di Gaza, dan membuka semula lintasan dengan teratur untuk menghantar bantuan kemanusiaan antarabangsa secara meluas dan tanpa diskriminasi, serta menyediakan bantuan kewangan untuk pembinaan semula Semenanjung Gaza,” katanya, lapor MNA.

Tambah beliau, Majlis Keselamatan PBB  dijangka mempertanggungjawabkan rejim Israel atas jenayah yang dilakukan terhadap gelandangan di Palestin dalam tempoh enam bulan lalu dan kemungkinan penerusannya melanggar resolusi itu.

Israel telah melancarkan perang yang disokong Amerika Syarikat  ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023 selepas kumpulan Penentangan Hamas Palestin melakukan operasi bersejarah terhadap entiti perampas itu sebagai membalas dendam terhadap kekejaman rejim tersebut sekian lama terhadap rakyat Palestin sejak kewujudan negara haram itu pada 1947.

Sehingga kini sekurang-kurangnya 32,142 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan 74,412 yang lain telah menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel.

Zionis juga telah menyekat akes bantuan makanan di hantar ke utara Gaza, yang merupakan jenayah perang di bawah Konvensyen Geneva dan Statut Rom.

Terdahulu, pada Jumaat (23 Mac) lalu, duta Rusia ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vasily Nebenzya dalam mesyuarat pertubuhan berkenaan di New York City telah mendedahkan bahawa Amerika Syarikat memberi ‘lampu hijau’ (kebenaran) buat Israel untuk menyerang Rafah, di utara Gaza – lokasi lebih satu juta rakyat Palestin di Gaza. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

- Advertisement -