PAS kecam serangan keganasan di Moscow

Muhammad Khalil (kanan) dan Duta Rusia di Malaysia, Naiyl Latypov di Kedutaan Rusia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada hari ini, 26 Mac 2024.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan tegas mengecam serangan keganasan di Dewan Bandar Raya Crocus, Moscow pada Jumaat (23 Mac) lalu.

Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PAS, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, PAS yang berada di bawah satu parti politik gerakan Islam mengecam tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.

- Advertisement -

“Setiap apa yang berlaku di atas nama keganasan perlu dikecam,” katanya ketika ditemui HarakahDaily, di sini, hari ini.

Beliau bersama-sama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad telah berkunjung ke Kedutaan Rusia di Jalan Ampang, di sini, hari ini bagi menyatakan rasa dukacita dan ucapan takziah terhadap insiden yang berlaku kepada negara Rusia.

“Kami mengharapkan pihak kerajaan Rusia akan bertambah teguh dengan ujian yang berlaku ini. Kita juga mengharapkan mereka yang bertanggungjawab akan diadili dan dihukum sebaiknya,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

- Advertisement -