Jurulatih B-20 Algeria tampar pemain atas padang

Video tular menunjukkan jurulatih pasukan bola sepak bawah 20 tahun kebangsaan Algeria, Yacine Manaa menampar seorang pemainnya, selepas sebelum itu menampar seorang pemain lain. (FOTO: Dearborn.org)
- Advertisement -

ALGIERS, Algeria: Jurulatih pasukan bola sepak bawah 20 tahun kebangsaan Algeria, Yacine Manaa telah mencetuskan kontroversi meluas di Algeria selepas menampar sekumpulan pemainnya di atas padang.

Pengguna media sosial berkongsi video insiden itu ketika Greens dalam perlawanan persahabatan dengan dan Tunisia, yang menyaksikan Manaa menamparkan seorang pemainnya, sebelum menampar seorang lagi pemain tetapi terlepas sasaran.

- Advertisement -

Kejadian itu berlaku menurut laporan media tempatan berlaku, selepas Manaa cuba melerai dan menenangkan pemain-pemainnya susulan pergaduhan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan menggesa mereka kembali ke padang untuk terus bermain, lapor Dearborn.org.

Dalam perlawanan itu, Algeria tewas 3-2 kepada Tunisia dalam kejohanan yang turut menampilkan Mesir dan Mauritania. – HARAKAHDAILY 25/3/2024

- Advertisement -