Israel serang Rafah: 20 orang awam terkorban

Anggota keluarga Al-Rabaya berbuka puasa di luar rumah mereka yang musnah di Rafah, Semenanjung Gaza pada Isnin, 18 Mac 2024. (FOTO: AP)
- Advertisement -

RAFAH, Semenanjung Gaza: Kira-kira  20 rakyat Palestin terbunuh pada awal pagi hari ini, Selasa (19 Mac) dalam serangan udara Zionis Israel ke atas Rafah dan bahagian tengah Semenanjung Gaza.

- Advertisement -

Pegawai perubatan Gaza dalam kenyataannya berkata, di bandar Rafah selatan Gaza berhampiran sempadan Mesir, lokasi penempatan dan perlindungan lebih 1 juta rakyat Palestin yang kini menjadi pelarian, 14 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan yang melanda beberapa rumah dan pangsapuri, lapor Al Jazeera.

“Enam lagi orang maut dalam satu lagi serangan udara ke atas sebuah rumah di kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza,” tambah kenyataan itu.

Di Deir Al-Balah, sebuah bandar di tengah Gaza kira-kira 14 kilometer di selatan Kota Gaza, bunyi letupan bercampur guruh, dan hujan menambah kesengsaraan keluarga yang dipindahkan di kem khemah. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -