KDN FC saingi kelab-kelab Liga Malaysia

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemain pasukan Kelantan Darul Naim (KDN) FC diharap mampu memberi cabaran kepada kelab-kelab Liga Malaysia lain pada tahun ini.

- Advertisement -

Presidennya Rozi Muhamad berkata, musim ini KDN FC menggunakan tenaga muda bersama jurulatih yang diberi tanggungjawab untuk membolehkan pasukan itu memberi cabaran dalam saingan Liga Super.

Kata beliau, antaranya pemain pertahanan, Muhammad Ghaffar Abdul Rahman menyertai Kelantan Darul Naim FC untuk musim 2024/25.

Sebelum ini beliau pernah bersama JDT II pada musim 2020.

Petang semalam Ghaffar menandatangani kontrak musim 2024/25 disaksikan Rozi di Pejabat Urusan Kelab di Bangunan Astaka Stadium Sultan Muhammad IV. (Foto atas)

Selain itu Jasmir Mehat turut menyertai Kelantan Darul Naim FC. Sebelum beliau beraksi bersama Melaka United dan Terengganu City.

Jasmir sebelum ini membantu Kelantan FC muncul naib juara pada musim 2022 seterusnya membantu pasukan itu mara ke Liga Super.

“Kita juga pemain-pemain muda yang berbakat besar akan meletakkan kita dalam landasan yang sebenar dan menaikkan nama Kelantan Darul Naim FC,” kata Rozi.

Turut menandatangani kontrak barisan pegawai dan jurulatih yang berkhidmat bersama Sang Kijang Emas. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -