Diallo, hero United tewaskan Liverpool ketika berpuasa

Amad Diallo (kanan) ketika meraikan jaringannya yang mencetuskan kemenangan Manchester United ke atas Liverpool dengan jaringan 4-3 dalam perlawanan di Manchester, United Kingdom pada 17 Mac 2024. (FOTO: Eurosport)
- Advertisement -

MANCHESTER: Hero Manchester United, Amad Diallo yang meraih kemenangan 4-3 ke atas Liverpool pada aksi suku akhir Piala FA di Old Trafford, Ahad lalu bermain dengan perut kosong sepanjang perlawanan itu.

Jaringan Diallo, 21, dalam masa tambahan memberikan kemenangan buat anak buah Ten Hag ke atas skuad Liverpool kendalian Jurgen Klopp; namun Diallo ketika perlawanan itu sebenarnya sedang menjalani ibadah puasa sempena Ramadan.

- Advertisement -

Namun, selepas menjaringkan gol itu, Diallo kemudian dibuang padang kerana membuka jersinya (tetapi masih menyarung pakaian) dan akan digantung satu perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris menentang Brentford pada 30 Mac ini, lapor AFP.

Pemain kelahiran Abidjan, Ivory Coast itu mengakui dalam keterujaannya meraikan jaringannya itu, dia terlupa sudah mengutip kad kuning pertama.

“Bukan mudah apabila sedang berpuasa, tetapi anda perlu yakin. Saya berpuasa kerana Allah SWT. 

“Saya berpuasa dan mahu berjuang untuk pasukan jika saya berada di atas padang. Syukur kepada Allah SWT untuk saat ini,” ujarnya.

Beberapa minggu lalu, pemain sayap United itu memadamkan akaun media sosialnya kerana mahu memberi tumpuan kepada ibadah puasa di bulan suci.

“Saya tidak mengaktifkan akaun media sosial untuk sebulan bagi memberi tumpuan kepada Ramadan, bulan suci untuk saya. Media sosial adalah tempat yang anda boleh lihat perkara tidak elok ketika berpuasa,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -