Kembara Mahabbah Ramadan santuni asnaf

Ketua Pemuda PAS UDM Changkat Jawi, Mohd Soleh Azmi menyerahkan sumbangan kepada penerima.
- Advertisement -

ARAU: Kembara Mahabbah Ramadan menyasarkan 36 buah rumah sepanjang Ramadan untuk disantuni.

- Advertisement -

Program itu dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim, bersama Pemuda PAS DUN berkenaan.

“Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan pemuda asnaf di enam Unit Daerah Mengundi (UDM) iaitu UDM Sena, Guar Sanji, Changkat Jawi, Serdang, Chemumar, dan Behor Mentalon.

“Setiap UDM bertanggungjawab untuk menyantuni antara lima hingga enam buah rumah pemuda asnaf dalam kawasannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ridzuan, program tahunan itu diadakan bermula penggal lepas selepas memenangi DUN tersebut dua kali berturut-turut.

Semalam, maklumnya, tiga buah kampung di UDM Changkat Jawi iaitu Kampung Changkat Jawi, Padang Besar, dan Kampung Telaga Haji Latif berjaya dilawati.

“Semoga sedikit sumbangan yang dihulurkan dapat mengukuhkan hubungan antara pemuda DUN dan cawangan serta membawa keberkatan dalam bulan yang mulia ini,” ujarnya lagi. HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -