Perancangan pengurusan Dewan Pemuda PAS Gombak

Dewan Pemuda PAS Sungai Buloh (DPPKSB) ketika mengunjungi Dewan Pemuda PAS Gombak pada 17 Mac 2024.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiap gerak kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan atau entiti dibawah Pemuda  PAS Kawasan mempunyai perancangan yang jelas dan bidang kuasa secara perikatan agar tiada masalah pada masa hadapan.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Gombak, Ustaz Abu Ubaidah berkata demikian ketika mengulas tentang kunjungan ahli jawatankuasa (AJ) Dewan Pemuda PAS Sungai Buloh (DPPKSB) ke Gombak pada 17 Mac, bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan, strategi dan info mengenai perancangan perjalanan pengurusan Dewan Pemuda PAS khususnya di kawasan itu.

- Advertisement -

Seramai 15 AJK DPPKSB diketuai Ustaz Ikhwan Ali selaku Ketua Pemuda hadir bertandang untuk ziarah mahabbah dan iftar jamie bersama-sama AJK Dewan Pemuda PAS Gombak.

Antara perkara yang dibincangkan mereka termasuklah tentang sejarah penubuhan DACS Gombak Football Club (DGFA) yang menghimpunkan tenaga muda selaku pelatih di peringkat tunas juga turut dibincangkan.

“Kita bukan sahaja bermain bola, tetapi kita tetapkan dakwah melalui sukan bola dengan galakkan menutup aurat, menjaga solat dan sebagainya. 

“Dengan cara ini juga, ia dapat menarik minat ibu bapa dan akan memberikan kepercayaan pada pengurusan DGFA,” jelas Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Gombak, Kamarul Helmi.

Seramai 15 ahli jawatankuasa DPPKSB yang diketuai oleh Ustaz Ikhwan Ali selaku Ketua Pemuda DPPKSB hadir bertandang ke bumi Gombak menghadirkan diri untuk program ziarah mahabbah dan iftar jamie bersama AJK Dewan Pemuda PAS Gombak.

“Kunjungan mahabbah kali ini juga, dapat mengeratkan silaturahim antara kedua-dua Pemuda PAS Gombak dan Pemuda PAS Sungai Buloh agar setiap strategi dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar di masa hadapan,” katanya.  – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -