Kena berani kata ‘tidak’ kepada industri rokok

Dr Halimah Ali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan program advokasi dan intervensi yang berkesan bagi membendung penggunaan rokok elektronik atau vape oleh golongan Orang Bawah Umur (OBD), demikian kata Dr Halimah Ali (PN-Kapar).

“Apakah perancangan kerajaan untuk menambah baik program kesedaran sedemikian. Adakah kerajaan telah menjalani kajian komprehensif tentang pencetus tabiat merokok, triggering factors atau full factors yakni mengakibatkan ketagihan.

- Advertisement -

“Paling penting, apakah kerajaan mempunyai dasar political will untuk pasti bebas dari pengaruh industri rokok atau vape. Mereka lobi, kerajaan kata no, we will got our goals,” ujarnya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Halimah dalam soalan asalnya minta kerajaan menyatakan sejauh manakah kejayaan kementerian mengurangkan kebergantungan remaja atau pelajar kepada rokok termasuk vape.

Termasuk persoalnya, sejauh manakah industri rokok menghalang hasrat Kerajaan meminimumkan first smoke atau pendedahan rokok terawal dalam kalangan pelajar sekolah.

Menjawab persoalan yang diajukan, Timbalan Menteri Kesihatan (KKM), Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM sedang menjalankan kajian komprehensif mengenai perkara tersebut.

Manakala pegawainya beritahu beliau, turut menyediakan data berkenaan prevalen yang sememangnya menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan terhadap penggunaan vape.

“Memandang vape ini dianggap satu produk yang semakin kuat dipromosikan oleh pihak industri, prevalen yang kami temui menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan penggemar vape ini di kalangan wanita.

“Di mana kalau kita lihat penduduk di bawah data 2017 prevalen adalah sebanyak 2.8 dan pada tahun 2022 prevalen menunjuk peningkatan sebanyak 6.2 peratus di kalangan penggemar vape,” jelasnya.

Mengulas berhubung langkah promosi digiatkan, kata beliau, kerajaan bercadang mewujudkan pelan packaging untuk dikuatkuasa sebagai status penjualan produk rokok dan juga spesifikasi vape akan dikeluarkan KKM khususnya bentuk boleh dijual pihak industri.

Tambah beliau, untuk promosi akan bermula dengan pihak KKM melalui awareness di peringkat awal pendidikan sehingga kanak-kanak dapat menolak aktiviti merokok dan vape.

Sementara, kata Lukanisman, untuk berhadapan dengan tekanan daripada pihak industri, ia memerlukan kerjasama dan sokongan dari semua pihak. – HARAKAHDAILY 14/3/2024

- Advertisement -