JAKIM bantu YIK RM17 juta, naik taraf sekolah agama

Wan Roslan Wan Hamat
- Advertisement -

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (YIK) menerima peruntukan sebanyak RM17.05 juta bagi tempoh 2020 hingga 2023 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menaik taraf sekolah-sekolah di bawah kelolaannya.

Exco Pengajian Tinggi Teknologi Hijau Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat berkata, peruntukan khas itu bagi penyelenggaraan dan naik taraf institusi-institusi pendidikan Islam di Kelantan. 

- Advertisement -

Menurutnya, peruntukan itu bagi tahun 2020 sebanyak RM3.2 juta, 2021 (RM3.12 juta), 2022 (RM4.86 juta) dan 2023 (RM5.85 juta).

“Jumlah keseluruhan sebanyak RM17.05 juta,” katanya menjawab soalan Adun Pulai Chondong Azhar Salleh pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini,  hari ini.

Sehubungan itu, Wan Roslan merakamkan penghargaan kepada JAKIM kerana membantu sekolah-sekolah YIK menambah baik fasiliti dan infrastruktur bagi keselesaan pelajar. – HARAKAHDAILY 6/3/2024

- Advertisement -