Video tular Isham Jalil isu discaj pesara dipadam

Isham Jalil
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktivis politik rakyat, Hizatul Isham Abdul Jalil atau lebih dikenali Isham Jalil, mendakwa video miliknya berkenaan isu kerajaan mengeluarkan pesara dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam telah hilang dan dipadam di aplikasi TikTok.

Menurutnya, video itu telah pun tular dan mencapai sejuta tontotan, beribu-ribu ‘siarkan semula’ oleh warganet dan beribu-ribu komen netizen dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Sehubungan itu, dakwa Isham, beliau mengesyaki bahawa perkara terbabit merupakan perbuatan Kerajaan Madani yang mengarahkan untuk memadamkan video tular tersebut. 

- Advertisement -

“Kerajaan ini hati tisu dan cepat koyak. Ada video tular mengkritik yang (membolehkan) mereka ‘senak perut’ sahaja.. mereka terus arah padam,” katanya menerusi kenyataan pada hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, melainkan jika ada terdapat kandungan video yang melanggar undang-undang seperti berita palsu atau hasutan, ia wajar mempunyai akta untuk menangani perkara tersebut.

“Namun, ini bukan sebab kandungan itu melanggar undang-undang, ini sebab kerajaan tidak tahan telinga dan ‘senak perut’ mendengar perkara yang benar. 

“Mereka ‘senak perut’ sebab perkara yang dikritik itu betul dan mereka tidak boleh sangkal atau lawan dan satu cara saja untuk hentikan senak ini adalah dengan arahkan platform untuk padam,” katanya lagi.

Tambah Isham, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menafikan kerajaan mengarah untuk padam kandungan video yang mereka tidak berkenaan (suka).

Seterusnya, Nie Ching mendakwa bahawa platform TikTok dan Facebook membuat keputusan sendiri untuk padam sesuatu kandungan itu.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengemukakan permintaan kepada penyedia platform seperti Facebook, Tiktok dan X apabila menerima laporan berhubung kandungan sensitif di media sosial,” kata Nie Ching ketika menjawab soalan tambahan lisan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Parlimen, semalam.

Walau bagaimanapun, kata Isham, rakyat masih tidak percaya tindakan tersebut dipadam oleh penyedia platform media sosial.

Dalam pada itu, Isham menegaskan bahawa jika dahulu, ketika kerajaan di blok pembangkang paling lantang bersuara tentang hak kebebasan bersuara dan media tetapi kini adalah sebaliknya. 

“Kini bila dah jadi kerajaan.. kandungan yang kritik kerajaan kamu padam, kamu buat peraturan kawalan media atas nama ‘etika’” katanya.

Terdahulu, video lagu sindiran anti-GST (cukai barang dan perkhidmatan) turut tular dinyanyikan oleh Menteri dan juga Timbalan Komunikasi masing-masing pada 2018 dan 2015. – HARAKAHDAILY 28/2/2024

- Advertisement -