Amaran ancaman kenaikan inflasi global

- Advertisement -

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih kukuh, kestabilan itu mungkin tidak bersifat kekal, dan amaran mengenai amaran mengenai ancaman kenaikan inflasi yang mungkin berlaku tidak lama lagi telah dikeluarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif JP Morgan, Jamie Dimon melalui laman sesawang Barron’s, menyatakan bahawa ancaman tersebut,  sebahagian besarnya disebabkan oleh kerajaan AS yang berbelanja lebih daripada kemampuannya, dikenali sebagai defisit perbelanjaan.

Beliau mengingatkan bahawa tindakan pemerintah untuk terus meningkatkan perbelanjaan dalam bidang seperti tenaga hijau, pemulihan bekalan global, pembangunan ketenteraan, dan penjagaan kesihatan akan menimbulkan tekanan kewangan yang besar.

- Advertisement -

“Ini boleh menyebabkan peningkatan kadar inflasi, melampaui jangkaan pasaran AS, dan perlu mendapat perhatian sepenuhnya,” katanya.

Dimon turut menekankan bahawa konflik global, terutamanya di Ukraine dan Timur Tengah, diikuti dengan penambahan mata wang Dolar AS sebanyak AS$900 bilion oleh Federal Reserve akan turut berpotensi meningkatkan lagi masalah inflasi yang sedia ada.

Beliau memperingatkan bahawa bank-bank perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan krisis kewangan pada bila-bila masa.

Jamie Dimon

Hakikatnya setiap mata wang di seluruh dunia, termasuk Malaysia masih bergantung pada Dolar AS memandangkan mata wang tersebut dijadikan sebagai matawang rizab dunia (world reserve currency).

Menurut artikel US News berjudul De-dollarization, penurunan nilai Dolar AS boleh menjejaskan mata wang dunia secara meluas yang menyebabkan terdapat gerakan yang akan dilakukan supaya tidak lagi bergantung kepada mata wang tersebut.

Perkara sebegini akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup dan masalah ekonomi lain di seluruh dunia dan berpotensi untuk menyebabkan kehilangan kepercayaan rakyat terhadap sistem mata wang negara yang diamalkan itu sendiri.  HARAKAHDAILY  15/1/2024

- Advertisement -